Pages

my music selection

Sunday, April 11, 2010

Rahsia Solat Awal Waktu

Subject: Rahsia Solat Awal Waktu
Renungan bersama..............................

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ..."

Sunday, March 28, 2010

Produk HPA

PARAMARIA PLUS
Paramaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita kerana ia mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca, berfungsi untuk mengencangkan rahim khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun. Produk ini amat sesuai untuk wanita yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.
Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Sinergi terbaik :
1. Keputihan: Paramaria Plus + Keputihan + H.B
2. Kanser Rahim : Paramaria Plus + Shark Cartilage Plus
3. Bersalin: Paramaria Plus + Herba Tuju Angin
4. Senggugut: Paramaria Plus + Senggugut

Khasiat Paramaria Plus :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Paramaria Legivata
2. Ardisa Crispa
3. Morinda Eliptica
4. Labisia Pothonia
5. Cinnamomum Iners
Dos :
Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh. Wanita antara 15 – 20tahun 3 kapsul sehari. Wanita sesudah kahwin 8 kapsul sehari. Wanita Menopouse (putus haid) juga digalakkan mengamalkannya.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Minuman IMT
Satu lagi produk HPA yang akan menjadi keperluan setiap rumah ialah IMT drink. Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak. Saya percaya sambutan kepada IMT drink akan bertambah dan mungkin melebihi pemintaan Minyak But-but sekiranya pengguna faham kelebihanya.
Antara kelebihannya ialah :-
1. pelindung hati
2. demam panas dan demam selsema.
3. sakit tekak
4. resdung
5. sakit sendi
6. cirit-birit
7. ketersumbatan jantung
8. menurunkan kolesterol
9. menurunkan darah tinggi

Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT Drink tidak bermasalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya.(secawan kecil).
Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak-anak mereka. Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia, tanpa rasa pahit dan sangat berkesan.
Ia di proses dari daun hempedu bumi dan air mineral HPA yang beralkali (pH 9.8 ). Dimana air mineral ini boleh diperolehi ? Air yang Allah keluarkan untuk kita di Pokok Sena Kedah. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.
KAJIAN Pokok Herba Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)

Kelebihan:
1. Andrographolid – Bahan utama yang menghalang pertumbuhan sel kanser hati, payudara dan prostat
2. Flavonoid – Antitrombosis (Mencegah dan menghancurkan pengumpulan darah).
3. Lactone – Antiradang / Antipiretik (pereda demam, panas dalam, radang paru-paru, tonsilitis, batuk berkahak)
4. Hepatoprotector – Detox (Membersih dan melindungi organ hati dari keracunan)
5. Immunostimulant (fagositosis) – Meningkatkan pengeluaran Antibody sebagai Antivirus dan Antibiotic.
6. Antihistamine – Mengurangkan pengeluaran histamin bagi alahan (resdung)
7. Produk HPA lain yang menggunakan Daun Pokok Hempedu Bumi ialah D’DET, KAPSUL IMT, HERBA RENDAMAN KAKI
Sumber: JawiHerbShop.blogspot.com & JamalMajlis.blogspot.com

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.50
Sabah & Sarawak: RM 4.50

Kapsul IMT (Imuniti)
Khasiat:
• Menguatkan sistem pertahanan badan @ antibodi
• Mengandungi herba hempedu bumi dan herba untuk deep cleansing
• Melancarkan peredaran darah, mengurangkan berat badan dan mengatasi masalah angin dalam badan
• Melawas pembuangan air kecil
• Membantu melancarkan sistem penghadaman, mengatasi masalah sembelit dan melawaskan pembuangan air besar
• Mengurangkan masalah jerawat dan masalah penyakit kulit
• Melegakan batuk, demam dan selsema
SESUAI UNTUK LELAKI DAN WANITA

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22.00
Sabah & Sarawak: RM25.00

Wednesday, March 24, 2010

Petua membersihkan hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah)
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Friday, March 19, 2010

hari-hari yang mendatang

sejak 2 menjak nie cam kurang sibuk skit dgn keje..byk releklah sambil updated keje2 last year..huhu ker aku dh x rajin..entahlah mungkin perancangan keje dh buat dgn betul 2 rasa relax skit...facebook pun selalu masuk..search intenet...cuma kebelakangan ni dlm ummah aku anak2 x sihat kejap batuk..demam..selsema..silih berganti...x pasti nk wat camner..kerap sgt gie klinik cam2 ubat dh try..aku pun baru baik skit batuk alhamdulliah aku cuba kapsul imt (HPA) dh masuk 2 minggu surut skit batuk...mmg herba lambat tindak balas neyr tp klu sabar & istiqamah insyallah pulih jgk batukku.....

baru2 ni search dlm intenet klu baby batuk jgn diberi ubat batuk..ianya hanya melegakan batuk tp x membuang kahak..ianya akan terkumpul dh boleh membuatkan batuk dtg blk..pttlah syafiah x baik nk masuk sbln gak...cara terbaik dgn menepuk bhg depan & belakang dada ada cara jgk bukan main tepuk jer...

Sunday, March 14, 2010

hari-hari mendatang


salam..dh lama aku x mengupdate blog aku nie...bz memanjang entah aper yg bz nyer...aku updated dlu picture anak aku nur aini syazwani...lahir pd 23.11.2009 kul 6.40 pagi d rumah..x sempat2 nk bw gie hospital aku telah selamat melahirkan puteri ke 3 ....gambar nie umur dia dh 3 month...maknanyer dah lama benar aku x menjengok blog ku nie...time cuti2 sekolah nie byk betul org berkahwin..congrats 2 my friend yaty yg telah selamat diijabkabulkan ngan jejaka pilihan hatinyer...ku doakan semoga berbahagia disamping husband tersayang...kweng2222...sure mlm tadi tido nyenyak..
15.3.2010 td bgn lewat lagi...anak2 aku demam pulak..kul 2.30 pagi tadi anak2 aku muntah abg aku lah yg melayan muntah dorang aku tido jerlah...penat oooo...yg baby batk x baik2 dh mcm2 ubat makan x pulih2 lagi...YA ALLAH aku mohon pada mu kau sembuhkanlah penyakit2 anak2 aku.Sesungguhnya engkau maha penyembuh..AMIN...

Sunday, August 23, 2009

selamat menjalani ibadat puasa 1430hijrah

Alhamdulliah dh masuk 3 hari kita berpuasa..dan aku bersyukur sgt2 dpt bertemu ramadan pada kali ini..Ya Allah kau berikanlah kekuatan..ketabahan..kerahmatan,keampunan dan permudahkanlah bagi diriku sekeluarga.AMIN..semlm aina x sihat takut plak aku time2 cmne dgr wabak HINI .....Ya Allah kau jauhkanlah.....kau Lindungilah anak2 ku...SEsungguhnya Engkau Maha Berkuasa..Sejak kebelakangan nie kedua2 belah paha aku lenguh semcm..pembawakan budak..sebelum nie x der pulak jadi cam2...

Nak buka puasa aper hari nie yer....nnt aku fikirkan...

Wednesday, March 25, 2009

26.3.09

semalam bawa aina pegi klinik dia kene suntik umur 1 1/2.kesian dia sebelum nie x pernah pun dia menangis masa kene cucuk yg akhir sekali dia menangis beriya2...aku pun semlm x sedap perut..abis muntah bende yg aku makan petang 2...mungkin masuk angin kot mana x yer makan pukul 3.00 lebih makan nasi beriayani ayam...abg makan lauk kambing...lepas makan masuk kedai lighting pulak...lawa2 gak lampu kt situ banyak patern dan corak yg moden & menarik tapi herga mahal dari kedai lain...huhuhu nnt kene pikirkan ...